fbpx

Polis rampas 60 set mesin perlombongan bitcoin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian mesin perlombongan bitcoin yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Flora pada semalam.

ALOR SETAR – Polis merampas sebanyak 60 set mesin perlombongan bitcoin selepas menyerbu sebuah rumah di Taman Flora di sini semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 11 malam itu, polis turut menahan empat lelaki berusia antara 16 hingga 41 tahun yang disyaki ahli kegiatan tersebut.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya menyerbu rumah berkenaan selepas menerima maklumat awam mengenai kejadian bekalan elektrik terputus akibat penggunaan elektrik berlebihan di perumahan itu.

“Sebelum itu aduan dibuat penduduk di situ kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) berikutan berlaku kebakaran kecil di rumah  tersebut.

“Penduduk telah pergi untuk membantu memadam kebakaran, namun rumah berkenaan dalam keadaan berkunci,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, pasukan polis kemudian bertemu dengan pegawai TNB dan dimaklumkan bekalan elektrik rumah terbabit dimatikan bagi mengelak berlaku kebakaran lebih besar.

“Kita juga mendapati terdapat kesan letupan dan percikan api wayar elektrik di bahagian luar rumah tersebut,” ujarnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI