fbpx

Britney Spears gagal bebaskan diri daripada kawalan bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hal ehwal kewangan Britney diuruskan ayahnya selepas dia mengalami kemurungan lebih satu dekad lalu. - AFP

LOS ANGELES, California – Sebuah mahkamah di Los Angeles mengesahkan keputusan sejak sebulan lalu yang menolak permohonan Britney Spears untuk mengetepikan bapa, Jamie Spears sebagai penjaga kebajikannya ketika bintang pop tersebut cuba memfailkan permohonan baharu bagi tujuan itu.

Keputusan rasmi Rabu lalu itu tiada kaitan dengan rayuan Spears pada minggu lalu untuk mengakhiri apa yang disifatkan olehnya sebagai ‘pencabulan hak penjagaan’. 

Penyanyi berumur 39 tahun itu memberitahu mahkamah bahawa dia diarah mengambil ubat yang banyak, dilarang membuat keputusan mengenai persahabatan atau hal kewangan dan dicegah daripada mengeluarkan implan kontraseptif walaupun menginginkan lebih ramai anak.

Peguam Spears masih belum mengemukakan petisyen rasmi untuk menamatkan hak penjagaan tersebut, manakala keputusan Mahkamah Tinggi Los Angeles itu tidak mengambil kira keterangan yang diberikan baru-baru ini.

Sebaliknya, keputusan itu berkenaan permohonan peguam Spears pada tahun lalu untuk menambahkan firma pengurusan kekayaan, Bessemer Trust sebagai penjaga dan membatalkan hak yang diberikan kepada ayahnya, Jamie Spears.

Hakim bagaimanapun memutuskan bahawa Jamie Spears tetap diisytihar penjaga harta anak perempuannya bersama Bessemer Trust.

“Permintaan konservator untuk mengetepikan segera James Spears dan melantik Bessemer Trust Company of California sebagai satu-satunya penjaga harta Britney Spears ditolak tanpa prejudis,” kata Hakim Brenda Penny dalam pengadilannya.

Jamie Spears menguruskan hal ehwal kewangan dan kehidupan peribadi anaknya selepas Brtiney mengalami kemurungan lebih satu dekad lalu sekali gus mendorong sebilangan peminat penyanyi itu melancarkan kempen ‘Bebaskan Britney’ secara online sejak beberapa tahun lalu. – AFP 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI