fbpx

Sebaknya, Syafie Naswip lelong trofi FFM25 untuk dana kerja amal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAFIE menjual trofi kemenangannya pada FFM25 demi membantu golongan terjejas akibat pandemik.

PETALING JAYA – Dengan nada sayu, pelakon Syafie Naswip membuat keputusan melelong sebuah trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25) untuk menambah dana bantuan kepada golongan yang benar-benar memerlukan semasa Perintah Kawalan Pergeraka (PKP) ketika ini.

Menerusi satu sesi Live dalam Instagramnya, Syafie berkata, biarpun berat hati untuk melepaskan trofi hasil lakonan dalam filem Songlap itu, dia harus reda demi mendapatkan wang tambahan untuk membantu masyarakat.

“Trofi ini salah satu cara saya untuk dapat wang yang banyak. Mana tahu ada orang yang nak beli, mungkin RM10,000 atau RM25,000.

“Duit itu nanti boleh digunakan untuk mereka yang memerlukan. Jangan risau saya tidak menipu. Saya tidak ambil duit itu pun, semuanya untuk mereka (golongan yang memerlukan),” ujarnya.

Pelakon berusia 29 tahun itu berkata, adakalanya melepaskan sesuatu yang disayangi adalah lebih baik untuk membantu orang lain.

“Insya-Allah, kadangkala memberi benda yang kita sayang kepada mereka yang benar-benar memerlukan adalah lebih baik,” katanya ringkas kepada Kosmo! Online.

Difahamkan, trofi tersebut merupakan antara barangan peribadi kesayangan Syafie yang selama ini disimpan di dalam bilik sahaja dan tidak boleh dilihat oleh orang lain.

“Bantu sebarkan supaya ada pembeli nanti,” katanya.

Pelakon Erynne Erynna, Izzy Zulkhazreefa dan Amelia Henderson yang turut serta dalam sesi Live tersebut turut kelihatan sebak apabila mendengar kesanggupan Syafie untuk menjual trofi tersebut.

Pelakon drama Budak Tebing itu turut memohon mana-mana pihak supaya tidak tersalah anggap bahawa tindakannya menjual trofi untuk mendapat populariti.

“Jangan salah anggap. Saya bukan nak popular. Memang saya nak tolong setakat mana yang saya mampu. Saya tidak ada harta untuk dikongsikan.

“Tuhan beri saya rezeki. Jadi ini adalah antara yang boleh saya sumbangkan. Harap boleh digunakan untuk tolong individu tertentu yang memerlukan,” ujarnya.

Selain menjual trofi kemenangan tersebut, Syafie turut melelong koleksi pakaian miliknya bermula dengan harga RM10 sehingga RM50 serta beberapa barangan terpakai lain untuk projek sumbangan amal yang sedang diusahakan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI