fbpx

LPNM komited bantu pekebun nanas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAHRUDDIN (dua dari kanan) bersama Ronald (lima dari kanan) pada majlis penyerahan kotak makanan kepada penduduk terjejas pandemik di Kompleks Sukan Pagoh, Muar baru-baru ini.

MUAR – Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) komited membantu pekebun nanas untuk meningkatkan hasil jualan mereka meskipun negara ketika ini berhadapan dengan pelaksanaan penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial atau total lockdown.

Pengerusi LPNM, Datuk Dr. Sahruddin berkata, sebanyak 1,000 surat kebenaran pergerakan telah dikeluarkan bagi membolehkan kumpulan ini melaksanakan pelbagai aktiviti pertanian.

“Surat kebenaran itu bertujuan untuk memudahkan pengusaha dan pekebun nanas menjalankan aktiviti pertanian, pemasaran dan pemprosesan.

“Walaupun terdapat sedikit masalah yang dihadapi pekebun untuk memasarkan buah tetapi ia masih lagi terkawal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengiringi Menteri MAFI, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee yang membuat lawatan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kompleks Sukan Pagoh bersempena progam MAFI Prihatin di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Menteri MAFI I, Datuk Seri Ahmad Hamzah; Timbalan Menteri MAFI II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi; Ketua Setiausaha MAFI, Datuk Haslina Abd. Hamid dan Ketua Pengarah LPNM, Mohd. Khairuzamri M. Salleh.

SAHRUDDIN (kanan) beramah mesra dengan warga emas yang menerima vaksin
di PPV.

Selain itu, beliau berkata, dalam tempoh PKP 3.0 sehingga kini, MAFI melalui LPNM telah membantu menyediakan keperluan logistik bagi penghantaran dan pemasaran buah nanas kepada peraih dan pemborong.

“Sebanyak 22 tan buah nanas telah dipasarkan, sekali gus memberikan kelegaan kepada pekebun terjejas demi memastikan hasil buah terjual seperti biasa.

“PKP 3.0 menunjukkan penurunan ketara bagi masalah yang dihadapi pekebun berbanding PKP sebelum ini.

“Ini kerana, keprihatinan kerajaan dalam memastikan pekebun dan pengusaha dapat memasarkan hasil pertanian mereka mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang mengimbangi antara keperluan ekonomi dan kesihatan rakyat,” katanya.

Terdahulu, dalam program berkenaan, MAFI melalui LPNM turut mengagihkan 1,000 kotak makanan mengandungi barang keperluan asas untuk diagihkan kepada penduduk Pagoh yang terjejas ekoran pandemik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI