fbpx

Keluarga hilang pekerjaan, putus pendapatan dibantu MAIS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAIS menyampaikan bantuan kepada rakan strategiknya untuk disalurkan kepada keluarga yang terjejas pandemik Covid-19.

SHAH ALAM – Seramai 236 keluarga daripada tiga buah daerah yang terkesan akibat pandemik Covid-19 disantuni dalam meringankan beban mereka.

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam kenyataan berkata, kesemua penerima merupakan golongan B40, mereka dibuang kerja, dicutikan oleh majikan atau hilang punca pendapatan.

Katanya, bantuan itu melibatkan keseluruhan berjumlah sebanyak RM23,600.

“Setiap keluarga menerima bantuan berbentuk set makanan asasi bernilai RM100 setiap satu iaitu beras, minyak, gula dan makanan kering yang lain melalui peruntukan fidyah MAIS.

“Bantuan disampaikan melalui Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS termasuk Surau Al Hijrah, Masjid Al Iman, Sekolah Rendah Agama Desa Putra, Maahad Hafiz Jeram, Masjid Darul Falah, Darul Ulum Zaiyadai, KAFA Integrasi Taman Melawati dan Tahfiz Surau Al Aziziah,” jelasnya.

Jelas MAIS, umat Islam di Selangor yang hendak melaksanakan bayaran fidyah secara atas talian boleh melayari laman sesawang http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI