fbpx

Wanita cari calon suami sempurna melalui iklan akhbar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keratan akhbar yang menunjukkan seorang wanita mencari calon suami sempurna. - Twitter

MUMBAI – Keratan iklan pencarian calon suami menjadi tular di India kerana ciri-ciri lelaki sempurna yang disenaraikan oleh wanita tersebut dianggap tidak masuk akal, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.

Pelawak bernama Aditi Mittal dari Mumbai, memuat naik foto iklan tersebut di laman Twitter sebagai gurauan sambil bertanya adakah pencarian ini dilakukan tanpa pengetahuan wanita itu di dalam ruangan iklan 12 akhbar utama India.

Iklan itu berbunyi bahawa wanita tersebut berusia 30-an, gadis berpendidikan yang bekerja dalam sektor sosial menentang kapitalisme.

Antara ciri-ciri calon suami yang dicari adalah lelaki tampan, berakhlak baik, berusia 25-28 tahun, mengendalikan perniagaan stabil, tidak kentut serta sendawa di tempat awam dan pandai memasak

Bercakap kepada Stesen Penyiaran Britain (BBC), wanita yang menghantar iklan itu mendedahkan bahawa ia hanya gurauan rakan-rakan rapat sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-30.

Abangnya mengeluarkan iklan berharga £126 (RM724) dan memberinya akses kepada alamat e-mel yang turut diiklankan bagi calon suami menghantar penyertaan sebagai hadiah ulang tahun.

“Saya telah menerima lebih 60 e-mel setakat ini. Ramai yang menganggap itu sebagai sesuatu yang lucu, ada yang mengutuk saya pisau cukur dan tidak kurang juga menghantar ugutan bunuh,” jelasnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI