fbpx

Individu bekerja sendiri perlu ‘surat’ pergerakan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Acryl Sani

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan individu yang bekerja sendiri agar mengemukakan permohonan pergerakan secara ‘one off’ yang baharu selepas tempohnya tamat, semalam.

Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, ia harus dilakukan susulan permohonan pergerakan secara ‘one off’ yang tamat semalam telah dilanjutkan secara automatik sehingga 7 Julai depan.

“Bagi pergerakan selepas 7 Julai, di bawah Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), mereka yang bekerja sendiri seperti tukang paip penyelenggara atau penjaja tepi jalan yang tiada majikan perlu mengemukakan permohonan pergerakan baharu.

“Kelulusan pergerakan akan diberi dalam tempoh 14 hari,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menasihati orang ramai agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan ketika berurusan di balai polis.

“PDRM juga menyeru orang ramai untuk bersama-sama memainkan peranan dalam usaha kerajaan melandaikan keluk penularan wabak Covid-19,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI