fbpx

Kemas kini data untuk rebat elektrik RM40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Golongan miskin tegar dengan pendapatan RM1,169 ke bawah diminta supaya mengemas kini data dengan pihak utiliti agar mereka layak mendaftar dalam sistem e-Kasih bagi menikmati rebat bil elektrik sebanyak RM40.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, sehingga Mei 2021, jumlah Ketua Isi Rumah (KIR) yang layak mendaftar dalam sistem itu adalah seramai 282,182.

“Bagaimanapun, hanya 113,745 iaitu 40.31 peratus daripada KIR yang layak telah mengemas kini nombor akaun bil elektrik mereka.

“Oleh itu, saya menyeru agar mereka yang layak untuk mengemas kini nombor akaun dengan pihak utiliti bagi membolehkan mereka menikmati rebat bil elektrik berkenaan,” katanya di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI