fbpx

51 ditahan terlibat judi Euro2020 bernilai RM19.44 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan (kanan) menunjukkan barang rampasan yang disita hasil serbuan Op Soga VIII di IPK Johor, Johor Bahru, Johor hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Seramai 51 individu termasuk ejen diberkas selepas disyaki terlibat dalam perjudian bola sepak Kejohanan Euro2020 melibatkan nilai pertaruhan berjumlah RM19.45 juta.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua individu berusia antara 18 hingga 45 tahun ditahan menerusi 40 serbuan Op Soga VIII di seluruh negeri ini.

Menurutnya, pertaruhan dijalankan secara online menggunakan laman web yang beroperasi di luar negara.

“Di antara 10 hingga 26 Jun lalu, Polis Johor telah menjalankan 40 serbuan dan pemeriksaan melibatkan seluruh daerah di negeri ini.

“Seramai 51 individu berjaya diberkas terdiri daripada ejen serta pemain dan kesemua mereka adalah warga tempatan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, dalam siri serbuan itu, sejumlah RM35,122 wang tunai dirampas selain pelbagai peralatan disita termasuk 71 unit telefon bimbit, empat komputer riba serta 67 sim kad.

Kesemua mereka diberkas ditahan reman di antara dua hingga empat hari bermula 10 hingga 26 Jun lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(3), Seksyen 6(1) serta Seksyen 4(1)(d) Akta Pertaruhan 1953.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI