fbpx

England harap bantuan dua ‘perisik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANCHO (kiri) memiliki pengalaman yang agak lama di Jerman selepas menyertai Dortmund sejak 2017. – TWITTER ENGLAND

LONDON – Pasukan England mengharapkan risikan dua pemain yang berpangkalan di Bundesliga, Jadon Sancho dan Jude Bellingham untuk mendedahkan rahsia kekuatan Jerman menje­lang pertemuan kedua-dua pasukan pada aksi pusingan 16 pasukan terbaik Euro 2020 nanti.

Sebagai rekod, Sancho dan Bellingham merupakan antara bintang pasukan Borussia Dortmund dan kini menjadi antara sandaran skuad The Three Lions untuk bertemu Jerman di Stadium Wembley pada tengah malam Rabu depan.

Pemain tengah England, Jordan Henderson berharap Sancho dan Bellingham bersedia untuk berkongsi tip tambahan buat rakan-rakan sepasukan agar dapat mencipta kejutan ke atas skuad Die Mannschaft yang dianggap seteru tradisi pasukan sejak sekian lama.

“Kita semua tahu kualiti yang ada pada pasukan Jerman yang memiliki ramai pemain berkelas dunia. Namun, hanya Sancho dan Bellingham yang lebih arif memandangkan ada pemain dalam kalangan mereka hanya beraksi di Bundesliga.

“Justeru, kami mengharapkan apa sahaja info yang boleh diberikan dan berguna untuk pasukan dapat dikongsi bersama oleh mereka berdua kerana semua tahu betapa pentingnya perlawanan menentang Jerman nanti,” kata kapten pasukan Liverpool itu.

Mengulas lanjut, Henderson juga mengesahkan ketua jurulatih, Gareth Southgate telah memberikan latihan tambahan dengan turut memberi penekanan terhadap aspek sepakan penalti sekiranya perlawanan itu tidak dapat diputuskan pada saingan masa sebenar mahupun masa tambahan.

“Kami sentiasa menjalani latihan sepakan penalti dan perkara itu tidak pernah berubah. Namun, ini adalah perlawanan istimewa dan sudah tentu ada latihan tambahan yang diberikan sesuai dengan strategi yang dirancang oleh jurulatih,” kata Henderson. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI