fbpx

Suara Mimi Lana setanding penyanyi antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIMI LANA

PASTI ramai yang tidak percaya pelakon Mimi Lana boleh menyanyi bukan?

Itu antara sangkaan awal netizen sebelum mendengar nyanyian pelakon drama Masih Ada Rindu itu dalam sebuah video TikToknya.

Dalam video berkenaan, Mimi dilihat sedang menyanyikan lagu Astronout In The Ocean dendangan asal Masked Wolf dengan kapsyen: “Saya ketika tumbuk sambal belacan.”

Biarpun hanya menyanyikan bahagian korus, ramai yang sudah terpukau dengan vokal Mimi sehingga menyangka dia hanya ‘miming’ suara penyanyi lain!

TANGKAP layar antara komen positif peminat terhadap Mimi Lana.

“Ingatkan ‘minah saleh’ mana tadi, rupa-rupanya Mimi. Seriuslah macam tak percaya boleh menyanyi,” tulis seorang pengguna TikTok.

“Aku seorang sajakah yang ulang video ini banyak kali? Suara Mimi memang sedap sangat!” puji seorang lagi netizen.

Tidak cukup dengan itu, ada pula yang meminta Mimi merakam video menyanyikan lagu lain. Kata mereka, tidak puas mendengar nyanyian teman wanita Syafiq Kyle itu.

Jawab Mimi: “Hahaha, menyanyi bahagian korus pun sudah semput, macam mana?”

Memang ramai yang terkejut dan terpukau selepas menonton video tersebut. Tidak cukup dihujani pujian dan memperbanyakkan video nyanyian, ada juga peminat mahu Mimi merakam single sendiri.

Hebat sungguh penangan video nyanyiannya ya.

Jadi, adakah Mimi akan bergelar penyanyi pula selepas ini, kita nantikan sahaja.

MIZZ LAHAR: Ramai puji Haris Ismail kongsi tips cara pembentangan projek kepada golongan pelajar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI