fbpx

Sembunyi daun ketum bawah timbunan nanas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (kiri) menunjukkan daun ketum disembunyikan di bawah timbunan buah nanas pada ruangan muatan sebuah lori yang ditahan di SJR Batu 6, Jeli pagi tadi.

JELI – Taktik seorang lelaki menyembunyikan bungkusan daun ketum seberat 221 kilogram di bawah timbunan buah nanas di bahagian muatan lori yang dipandunya gagal apabila dia ditahan ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) Batu 6, Batu Melintang di sini hari ini.

Suspek yang berusia 35 tahun itu ditahan sewaktu sedang dalam perjalanan dari arah Gerik, Perak ke Jeli pada pukul 2 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Arifin berkata, polis curiga dengan muatan yang dibawa suspek sebelum menahan kenderaan berat itu ketika melalui SJR tersebut.

Katanya, pemeriksaan di bahagian muatan lori itu telah menemui longgokan buah nanas dan beberapa bungkusan plastik hitam.

“Pemeriksaan lanjut di dalam plastik itu telah membawa kepada penemuan sebanyak 221 kilogram daun ketum.

“Selain itu, polis turut menemui botol yang dipercayai mengandungi 500 milliliter air ketum berada berdekatan tempat duduk pemandu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ahmad, siasatan mendapati, daun-daun ketum yang bernilai RM 22,110 itu dibawa dari sebuah negeri di utara tanah air untuk dijual di Kelantan.

Katanya, lelaki terbabit ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga Sabtu dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI