fbpx

Manda Cello gugup di sisi Herjunot Ali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANDA CELLO gementar berlakon video muzik bersama Herjunot Ali.

PELAKON Manda Cello mengakui berasa sangat gugup apabila digandingkan bersama aktor Herjunot Ali dalam sebuah video muzik single terbaharunya.

Ujar Manda, dia cukup gementar kerana perlu melakukan beberapa adegan lakonan bersama Herjunot yang selama ini menjadi idolanya dalam dunia lakonan.

“Jujur saya sangat takut dan gementar. Maksud saya Herjunot satu nama besar sebagai pelakon filem di Indonesia. Saya benar-benar teruja dan berkata pada diri perlu melakukan yang terbaik,” katanya.

Untuk menjayakan pembikinan muzik video tersebut, Manda juga menjalani latihan rapi, termasuk berlakon di hadapan cermin supaya tidak kelihatan canggung.

Selain Herjunot, single terbaharunya turut melibatkan komposer dan penulis lagu Ade Govinda yang juga merupakan produser lagu berkenaan.

Difahamkan single yang masih dirahsiakan judulnya tersebut akan menemui pendengar sekitar pertengahan Julai ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI