fbpx

Ikan baung 13 kilogram berharga RM520 ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Nazree menunjukkan ikan baung ekor merah yang ditangkap di Sungai Lipis berdekatan Kampung Tanjong Lipis di Lipis hari ini.

LIPIS – Seorang nelayan darat hari ini bertuah apabila berjaya menangkap seekor ikan baung ‘gergasi’ seberat 13 kilogram di Sungai Lipis berhampiran Kampung Tanjung Lipis di sini.

Ahmad Nazree Shahbudin,38, berkata, dia tidak menyangka umpan ikan keli dipasang pada mata kail yang diikat di sebatang pokok di Sungai Lipis berjaya menjinakkan seekor ikan baung ekor merah.

“Pada pukul 9 pagi saya menaiki bot gentian kaca untuk melihat kail yang dipasang di beberapa tempat di Sungai Lipis sambil berharap ada ikan liar yang meragut umpan pada mata kail.

“Apabila tiba dekat Kampung Tanjong Lipis saya terkejut melihat tali yang diikat pada sebatang pokok kecil ditarik dengan kuat dan berlaku kocakan air yang kuat sebelum kelihatan ikan berkenaan berpusing untuk melepaskan diri,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Ahmad Nazree, dia menarik tali tangsi berkenaan dan mengambil masa selama 10 minit menaikkan ikan itu ke dalam bot gentian kaca.

Katanya, ikan berkenaan dijual kepada sebuah restoran di bandar Kuala Lipis dengan harga RM520 atau RM40 sekilogram. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI