fbpx

TNB mula agih bantuan melalui tabung WTP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Warga kerja TNB yang antara penyumbang dalam tabung WTP.

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memulakan penyerahan bantuan kepada rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19 di seluruh Semenanjung, khususnya golongan B40 menerusi Tabung Warga TNB Prihatin (WTP).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din berkata, sehingga semalam tabung tersebut berjaya mengutip dana kira-kira RM1.34 juta dan daripada jumlah itu, RM270,000 sedia disalurkan kepada penerima.

Beliau berkata, RM40,000 telah diagihkan di sekitar Kuala Lumpur dan bantuan itu dilaksanakan melalui perbankan dalam talian (online banking).

“Kami percaya ramai dalam kalangan masyarakat yang terjejas untuk meneruskan kelangsungan hidup berikutan pandemik ini.

“Sebab itu bantuan ini diagihkan secepat mungkin bagi mencerminkan keprihatinan TNB sebagai sebuah syarikat yang sentiasa di sisi rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tabung WTP dilancarkan pada 9 Jun lalu dengan matlamat mengutip sumbangan daripada warga kerja TNB melalui potongan gaji bulan Jun dan Julai secara sukarela untuk diagihkan kepada golongan rentan di seluruh Semenanjung.

Penerima manfaat dipilih berdasarkan senarai golongan B40 melibatkan Orang Kelainan Upaya, penerima e-Kasih, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pusat zakat negeri serta maklum balas warga kerja TNB.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI