fbpx

Scotland idam lakar sejarah ke pusingan 16

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CLARKE berharap para pemainnya dapat memberikan aksi terbaik memburu kemenangan bertemu Croatia. - AFP

GLASGOW – Jurulatih Scotland, Steve Clarke berharap skuad kendaliannya mampu melakar sejarah dengan melayakkan diri ke pusi­ngan 16 pasukan terbaik.

Meskipun masih belum menang pada kempen kali ini, namun skuad The Tartan Army itu masih berpeluang melangkah ke pusingan kalah mati sekiranya menang ke atas Croatia pada aksi terakhir peringkat Kumpulan D di Hampden Park awal pagi esok.

Justeru, Clarke percaya mereka­ mampu mencatat kemenangan ke atas Croatia meskipun pasukan lawan turun de­ngan reputasi sebagai finalis Piala ­Dunia 2018 selain memiliki barisan pemain bintang.

“Saya lega kerana kami berjaya dapatkan satu mata ketika bertemu England sebelum ini kerana ia mampu membantu kami dapatkan sesuatu apabila berdepan Croatia nanti.

“Fokus kami sekarang adalah untuk cipta sejarah negara de­ngan melangkah ke pusingan 16 buat pertama kali. Croatia adalah pasukan yang sangat baik, namun sedikit berbeza dengan England,” katanya.

Selain itu, beliau turut menggesa anak-anak buahnya agar menampilkan aksi terbaik memandangkan perlawanan tersebut adalah peluang terakhir mereka untuk meneruskan perjuangan pada Euro kali ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI