fbpx

Kesatuan Eropah nafi bolot vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kesatuan Eropah (EU) menyangkal dakwaan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar kononnya blok itu membolot vaksin.

Dutanya ke Malaysia, Michalis Rokas berkata, tohmahan berkenaan adalah jelas tidak berasas sama sekali kerana apa yang berlaku membuktikan EU amat prihatin dalam isu itu.

“Untuk makluman anda, segala permintaan daripada kerajaan Malaysia berhubung agihan vaksin ke negara ini sudahpun diluluskan tanpa masalah oleh Sekretariat EU,” tegasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas pelancaran Program Sokongan Respons Covid-19 ASEAN-EU kelolaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di negara ini, hari ini.

Majlis itu dirasmikan secara maya oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba dan turut disertai Wakil WHO bagi Malaysia, Brunei dan Singapura, Dr. Lo Ying-Ru Jacqueline.

Semalam, Khairy Jamaluddin pada sidang akhbar mendedahkan ada beberapa buah negara Eropah yang memonopoli agihan sehingga mengakibatkan kadar vaksinasi di negara ini agak ketinggalan.

Kartel itu dipercayai berunding terus dengan pembekal vaksin bagi membolehkan pembelian dapat dibuat secara pukal apatah lagi kilang pembuatan berkenaan terletak di benua tersebut.

Mengulas lanjut, Rokas berkata, sehingga semalam sahaja, lebih lima juta dos disumbangkan EU kepada kerajaan Malaysia menerusi program Akses Sejagat Vaksin Covid-19 (Covax). -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI