fbpx

Kapal tangki Panama degil ditahan bersauh secara haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah tangki berdaftar dari Panama ditahan selepas bersauh secara haram di kedudukan 10 batu nautika timur laut Tanjung Penawar, Kota Tinggi, Johor kelmarin.

KOTA TINGGI – Sebuah kapal tangki berdaftar di Panama berjaya ditahan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Johor di kedudukan 10 batu nautika timur laut Tanjung Penawar, Johor kelmarin.

Pengarah APMM Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kapal tangki yang dikendalikan 24 kru warga Georgia itu mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah ditahan kerana bersauh tanpa kebenaran.

Katanya, kesemua mereka berumur antara 25 tahun hingga 50 tahun telah ditahan dalam operasi dijalankan kira-kira pukul 11.00 pagi.

Tambahnya, kapal berkenaan merupakan antara 47 buah kapal yang berjaya ditahan pihak APMM menerusi Operasi Jangkar Haram sejak dilancarkan sejak 24 Mac lalu.

“Operasi Jangkar Haram telah menunjukkan kesan yang positif terhadap perairan Johor Timur terutama di sekitar kawasan Tompok Utara.

“Sebelum pelaksanaan operasi ini, dilaporkan sebanyak 105 buah kapal telah bersauh secara haram di sekitar perairan Johor Timur dan jumlah ini berkurangan dengan mendadak apabila 47 buah kapal telah ditahan dan sebahagian besar telah diusir meninggalkan perairan Malaysia.

“Kesemua 47 buah kapal ini telah ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 491 B(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Nurul Hizam berkata, untuk rekod, bagi tahun 2020 APMM Johor telah menahan sebanyak 36 buah kapal di bawah kesalahan bersauh tanpa kebenaran.

Manakala bagi tahun 2021 sehingga hari ini sebanyak 65 buah kapal telah ditahan bagi kesalahan yang sama.

Sebarang aduan salah laku jenayah maritim di laut atau sebarang kecemasan segera hubungi talian hotline Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian (07-219 9404) atau talian kecemasan MERS 999.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI