fbpx

7,300 petugas barisan hadapan terima pek makanan MAIS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Shahir (kanan) menyerahkan sumbangan pek makanan MAIS kepada Timbalan Pengarah (Klinikal) Hospital UiTM, Prof. Madya. Dr. Ahmad Izuanuddin Ismail hari ini.

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menyantuni 7,300 petugas barisan hadapan menerusi pek makanan bernilai keseluruhan RM28,350 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Setiausaha MAIS, Dr. Ahmad Shahir Makhtar berkata, pemberian itu melibatkan petugas di 10 Pusat Pemberian Vaksin, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan 10 hospital di Selangor dalam meringankan beban penerima yang menghadapi kekangan mendapatkan makanan dalam tempoh PKP.

“Pek makanan yang disumbangkan mendapat kerjasama daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (Teras), iaitu anak syarikat MAIS.

“Sumbangan yang diagihkan merupakan sebagai tanda sokongan dan prihatin MAIS bagi menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus mengawal penularan pandemik Covid-19 sejak Mac tahun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Antara PPV yang telah menerima sumbangan MAIS ialah PPV Stadium Tertutup Kuala Selangor, PPV Sabak Bernam dan PPV Gombak, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

Manakala PKD yang menerima bantuan ialah PKD Klang, PKD Petaling, PKD Kuala Langat, PKD Hulu Langat dan PKD Sepang.

Terdahulu, pada hari ini sebanyak 4,100 lagi pek makanan telah disumbangkan MAIS kepada tujuh hospital dan dua PPV. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI