fbpx

Sherry, Cik B serupa tapi tak sama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BARU-BARU ini pelakon dan pengacara Sherry Alhadad ada berkongsi sekeping gambar lama dirinya dalam Instagram.

Dua tiga kali juga Diva gosok mata sebab ingatkan Sherry kongsi gambar anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B.

Sumpah! Memang persis sangat wajah Sherry ketika menuntut di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dengan wajah Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen.

Sehinggakan Datuk Seri Vida sendiri meninggalkan komen pada gambar tersebut dengan menyebut nama Cik B.

Melihat kemiripan wajah kedua-dua mereka, tidak mustahil Cik B bakal mengikuti jejak langkah Sherry untuk berjaya dalam industri dunia hiburan suatu hari nanti.

Tengoklah di mana kedudukan Sherry sekarang dalam industri hiburan tanah air. Bukan calang-calang ya. Makin cantik dan jelita pula.

Diva: Khabarnya cinta antara pelakon Mimi Lana dengan Syafiq Kyle kembali bertaut selepas dikatakan telah berpisah. Fakta atau auta?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI