fbpx

Bayi paling pramatang di dunia sambut hari lahir pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DOKTOR-DOKTOR tidak menaruh harapan kerana Richard lahir 131 hari lebih awal dari tarikh sepatutnya. - GUINNESS WORLD RECORDS

WASHINGTON – Seorang bayi di Amerika Syarikat yang lahir hampir lima bulan sebelum tarikh sepatutnya mengatasi semua rintangan untuk terus bernyawa dan menyambut hari lahir pertamanya, lapor majalah Newsweek.

Richard Scott William Hutchinson diiktiraf Guinness World Records sebagai bayi paling pramatang yang masih hidup selepas berumur setahun pada 5 Jun lalu.

Richard sepatutnya lahir pada 13 Oktober 2020 tetapi ibunya, Beth Hutchinson mengalami komplikasi kesihatan dan bersalin empat bulan lebih awal daripada yang sepatutnya.

Dilahirkan pramatang selama  131 hari, berat  Richard cuma 338 gram semasa lahir.

Dia sungguh kecil sehinggakan muat dalam tapak tangan ibu bapanya.

Doktor-doktor di Hospital Kanak-Kanak Minnesota di Minneapolis kemudian memberitahu berita buruk kepada ibu dan bapa bayi tersebut,  Rick Hutchinson.

“Apabila Rick dan Beth menerima kaunseling, mereka diberitahu bahawa kebarangkalian Richard dapat terus hidup  adalah 0 peratus,” kata doktor yang merawat bayi tersebut,  Stacy Kern kepada Guinness World Records.

Di sebalik semua itu, Richard menyambut hari lahir pertama di rumah bersama keluarganya awal bulan ini.

“Kami terkejut tetapi gembira. Kami berkongsi kisah Richard untuk meningkatkan kesedaran tentang kelahiran pramatang,” kata Beth kepada Guinness

Setelah enam bulan berada di Unit Rawatan Rapi Neonatal, Richard dibenarkan meninggalkan hospital.

“Siapa sangka  bayi lelaki sihat ini dahulunya  begitu lemah dan terpaksa  bertarung nyawa untuk hidup.

” Bayi ini muat dalam tapak tangan saya dan kulitnya begitu nipis sehinggkan  saya dapat melihat setiap tulang rusuk dan salur darah di dalam tubuhnya.

“Saya amat bangga dengan Richard,” kata Kern. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI