fbpx

Brazil terawal sahkan kemaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEYMAR (dua dari kanan) berjaya meledak satu gol ketika Brazil menundukkan Peru 4-0 pagi semalam. – AFP

RIO DE JANEIRO – Bintang sensasi Brazil, Neymar menjadi watak penting kejayaan skuad itu yang menjadi pasukan pertama layak ke saingan kalah mati Copa America 2021.

Ia ekoran kemenangan selesa 4-0 pasukan itu ke atas Peru pada aksi pagi semalam yang berlangsung di Stadium Olimpik Nilton Santos.

Jaringan daripada Alex Sandro, Neymar, Everton Ribeiro dan Richarlison menyaksikan Brazil mencatat sembilan kemenangan berturut-turut pada aksi antarabangsa, manakala ia merupakan kemenangan kedua mereka pada saingan kali ini.

Perlawanan berkenaan berlangsung agak perlahan pada babak pertama apabila Brazil hanya meraih satu gol menerusi Sandro pada minit ke-12.

Bermula babak kedua, Brazil menukar rentak permainan de­ngan tempo permainan yang le­bih laju dan serangan balas pantas untuk membolehkan mereka meraih tiga lagi gol untuk mencatat kemenangan itu.

“Ia adalah kemenangan yang sangat emosi buat saya. Banyak perkara yang sukar berlaku sejak dua tahun lalu.

“Jumlah gol yang berjaya kami jaringkan ini tidak penting kerana saya lebih gembira untuk beraksi bersama Brazil, bermain mewakili negara saya.

“Menjadi contoh dan membuatkan orang lain gembira memberikan saya kepuasan. Saya gembira kerana berjaya memberikan sumbangan ini dan saya mahu keluarga serta rakan-rakan gembira dengan apa yang saya berikan.

“Saya berharap semua peminat bangga dengan aksi yang telah kami pamerkan. Berapa jumlah gol bukan keutamaan sebaliknya memberikan kemenangan adalah matlamat kami,” kata Neymar

Setakat ini, Neymar sudah mengumpul 68 gol bersama skuad Selecao dan dia kini sedang memburu rekod yang dipegang oleh Pele yang meledak 77 gol sepanjang aksi bersama Brazil sebelum ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI