fbpx

3 cedera, konkrit dalam pembinaan runtuh di NKVE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Struktur konkrit yang runtuh dari ketinggian 12 meter menyebabkan 3 pekerja cedera.

PETALING JAYA – Tiga pekerja pembinaan cedera selepas konkrit di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) berhampiran susur keluar Kota Damansara yang sedang dalam pembinaan runtuh di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.14 malam dan seramai sembilan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Ketiga-tiga mangsa merupakan pekerja warga Bangladesh berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun. Kesemua mereka dilaporkan sedang melakukan kerja di bawah struktur tersebut.

“Berdasarkan laporan awal, runtuhan konkrit yang sedang dalam pembinaan itu telah runtuh dari ketinggian 12 meter menyebabkan tiga pekerja yang sedang melakukan kerja di bawah struktur berkenaan cedera,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kesemua mangsa bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI