fbpx

Tiga termasuk dua kanak-kanak dipatuk ular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ular tedung tikus yang ditangkap selepas mematuk tiga termasuk dua kanak-kanak di Sekinchan.

SABAK BERNAM – Tiga termasuk dua kanak-kanak terselamat selepas dipatuk ular tedung tikus dalam kejadian di Tali Air 7 Ban Lesen Sekinchan di sini hari ini.

Ketiga-tiga mangsa adalah Norumira Hidayu Mokthtar, 26; Umar Zikri Mohamad Reza,3, dan Alia Raisha Rosek berusia setahun bagaimanapun dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Tanjong Karang.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, seramai tiga anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 7.26 malam.

Katanya, pihaknya yang tiba tiga minit kemudiannya dimaklumkan oleh jiran memaklumkan kesemua mangsa telah dibawa ke hospital oleh suami Norumira.

“Ular berkenaan berjaya ditangkap di dalam bilik air sebuah rumah sebelum dilepaskan di kawasan yang lebih selamat. Kita dimaklumkan ular tersebut bukan jenis berbisa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, ketiga-tiga mangsa yang dilaporkan stabil telah dibenarkan pulang ke rumah. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI