fbpx

Tiada pemerdagangan manusia, penjualan anak di Keningau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Hazani Ghazali

KOTA KINABALU – Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali mengesahkan tiada sebarang aktiviti pemerdagangan manusia atau penjualan anak seperti kenyataan media tular di laman sosial.

“Kita meminta semua pihak supaya tidak menyebarkan berita tidak benar yang boleh menimbulkan fitnah dan kerisauan dalam masyarakat.

“Hal ini juga dibimbangi boleh mewujudkan perkara tidak diingini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Shahrudin Mat Husain memaklumkan kes berkenaan adalah berkaitan sepasang suami isteri yang ditahan ekoran kesalahan penggunaan dadah.

“Seorang lelaki ditahan pada 22 Mei lalu dan dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 15(a)(1) akta sama manakala wanita yang juga ibu kepada tiga kanak-kanak pula ditahan selepas didapati positif dadah jenis Methapetamine pada 11 Jun lalu.

“Sewaktu tangkapan dibuat, dua anak pasangan itu berusia lima tahun dan tujuh bulan yang bersama ibu mereka diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk perlindungan dan kebajikan kanak-kanak terbabit,” katanya.

Mengulas lanjut, Shahrudin menyatakan seorang lagi anak pasangan itu berusia tujuh tahun turut diserahkan kepada pihak JKM pada keesokan harinya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI