fbpx

Tertuduh pukul isteri hamil hingga koma tiba di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang memukul isterinya hingga koma dibawa ke mahkamah atas dakwaan mencederakan isterinya di Mahkamah Majistret Johor Bahru, Johor hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Lelaki yang disyaki terlibat memukul isterinya yang hamil sehingga parah dan tengkorak kepalanya terpaksa dibuang tiba di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Peniaga pakaian berusia 38 tahun itu tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 9 pagi.

Lelaki itu akan didakwa mengikut Seksyen 325 dan Seksyen 326A Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, pertuduhan itu dibuat setelah mendapat kebenaran Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abd Rahman untuk dituduh di mahkamah.

Beliau berkata, peniaga pakaian itu sebelum ini ditahan di tepi jalan kawasan Taman Bukit Angsana, Kuala Lumpur dan direman selama enam hari yang berakhir semalam.

“Lelaki berusia 38 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 325 dan Seksyen 326A Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan,” katanya.

Dalam kejadian 4 Mei lalu, seorang kakitangan awam di negeri ini terpaksa bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini selepas dipercayai dibelasah suaminya dengan kejam.

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah pangsapuri di Larkin di sini.

Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menyebabkan mangsa berusia 43 tahun yang sedang hamil empat minggu itu dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Wanita itu mengalami kecederaan parah dengan tengkorak kepalanya terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipercayai dipukul.

Wanita itu yang merupakan seorang kakitangan awam sebuah jabatan kerajaan di Johor kini dilaporkan berada di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban selepas menerima rawatan awal di ICU HSA.

Selepas kejadian itu didedahkan Kosmo! pada 17 Mei, suspek itu bertindak melarikan diri namun akhirnya berjaya dicekup polis di rumah kenalan selepas 38 hari bersembunyi.

Mohd. Padzli berkata, jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI