fbpx

Serangan balai polis: Ahli keluarga mula berkumpul di HSI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHLI keluarga Ahmad Azza Fahmi dilihat masih memakai pakaian sama dipakai semalam ketika hadir ke Jabatan Perubatan Forensik HSI, Johor Bahru untuk menuntut jenazah Allahyarham, pagi ini.

JOHOR BAHRU – Ahli keluarga kepada Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, kelihatan memakai pakaian sama seperti yang dipakai semalam ketika datang ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini pagi ini.

Azhar Khaiden, 54, berkata, dia dan ahli keluarga yang datang ke Johor Bahru semalam tidak sempat menyediakan pakaian persalinan kerana menyangka jenazah anaknya akan dibawa pulang ke kampung halaman mereka, semalam.

“Ya, masih pakai pakaian sama. Kami sangka jenazah boleh dibawa pulang semalam jadi tak sediakan pakaian ganti, pakai baju semalam sahaja.

“Kami sekeluarga tidur di kediaman Allahyarham,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik HSI, di sini pagi ini.

Jenazah Allaryarham Ahmad Azza Fahmi dan seorang lagi anggota, Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said terbunuh dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, di sini awal pagi semalam akan dibawa untuk disembahyangkan di Masjid Tunku Laksamana Tunku Abdul Jalil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Johor Bahru.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI