fbpx

MB Selangor junjung titah adakan sidang DUN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan

SHAH ALAM – Kerajaan negeri akan melaksanakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor secepat mungkin selaras titah baginda Yang di- Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan juga titah Raja-Raja Melayu terhadap persoalan semasa dalam negara.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, beliau akan mengadakan perbincangan dengan Speaker Dewan Negeri Selangor hari ini bagi memulakan perancangan pelaksanaan titah tersebut.

“Selanjutnya, saya akan mempersembahkan hasil perbincangan itu kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk perkenan baginda.

“Justeru saya percaya titah Al-Sultan Abdullah dan Raja Raja Melayu agar Dewan Rakyat dan DUN segera bersidang adalah selaras dengan aspirasi rakyat agar usaha menangani Covid-19 dapat dinilai dan dibahas penambahbaikannya di samping memelihara keluhuran Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Amirudin, beliau mewakili kerajaan negeri menjunjung kasih atas segala titah Al-Sultan Abdullah dan juga titah Raja-Raja Melayu melambangkan keprihatinan dan kepedulian baginda semua terhadap nyawa dan kehidupan rakyat dan titah tersebut adalah amat dihargai dan dinantikan.

Beliau berkata, ini jelas menunjukkan baginda Tuanku semua tidak pernah terpisah daripada realiti serta keluh-kesah rakyat Malaysia seluruhnya.

“Saya dengan ini mengalu-alukan dan menyanjung tinggi pendirian Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu dalam mempertahankan keluhuran sistem demokrasi berperlembagaan dalam negara.

“Ini bagi memastikan proses semak dan imbang antara cabang eksekutif, legislatif dan kehakiman dapat dilaksanakan secara berterusan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI