fbpx

Sukarnya PdPR di Bandar Baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHAIRUL NUR NAJWA (kiri) bersama Khairul Nur Aishah dan Khairul Nur Dania terpaksa belajar di kawasan tinggi bagi mendapatkan talian internet di Kampung Terap Dalam, Bandar Baharu semalam.

BANDAR BAHARU – Lebih 20 pelajar dari Kampung Terap Dalam di sini terpaksa mencari kawasan lebih tinggi atau berbukit untuk mendapatkan liputan internet bagi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sejak kelmarin.

Seorang penduduk, Khairul Faizi Ahmad, 47, berkata, tiga anaknya yang masih bersekolah mengalami kesukaran untuk belajar secara dalam talian berikutan liputan internet di rumah sangat lemah.

Katanya, keadaan itu menyebabkan dia terpaksa membawa anak-anaknya itu ke kawasan lebih tinggi di luar rumah bagi mendapatkan capaian internet.

“Anak-anak saya terpaksa mengikuti PdPR di satu kawasan bukit kecil yang terletak berhampiran rumah untuk mengikuti kelas secara online.

“Walaupun keadaan kurang selesa, anak-anak tetap perlu mengikut PdPR bagi mengelak ketinggalan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Khairul Faizi yang bekerja sebagai tukang rumah berkata, dia mempunyai tujuh orang anak dengan lima daripadanya masih bersekolah iaitu tiga di Sekolah Kebangsaan Sungai Salleh dan dua lagi di sekolah pondok.

Ujarnya, tiga anaknya yang belajar di SK Sungai Salleh dan mengikuti PdPR ialah Khairul Nur Najwa, 11, Khairul Nur Aishah, 10, dan Khairul Nur Dania, 8.

Sementara itu, katanya, beberapa bulan lalu ada beberapa pihak yang membuat tinjauan ke kawasan kampung dipercayai untuk menambah pencawang telekomunikasi tetapi belum ada perkembangan baharu.

Tambahnya, selain Kampung Terap Dalam, penduduk di Kampung Seribu Relong turut meng­hadapi masalah talian telefon dan internet.

Seorang lagi penduduk, Idris Darus, 46, berkata, talian telekomunikasi dan internet di kampung itu sering bermasalah dan anaknya yang hendak mengikuti kelas online terpaksa naik ke kawasan berbukit untuk mendapatkan internet.

“Saya berharap capaian internet di kawasan kampung dapat dinaik taraf bagi melancarkan sesi PdPR anak-anak di sini,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI