fbpx

Sorok 1,300 kg minyak masak bersubsidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pegawai penguatkuasa KPDNHEP memeriksa minyak masak yang disimpan di sebuah premis di Bukit Mertajam semalam.

SEBERANG PERAI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri merampas 1,300 kilogram (kg) minyak masak dalam pek polibeg satu kg bernilai RM3,400 dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Dato Ooh Chooi Cheng, Bukit Mertajam di sini semalam.

Pengarahnya, Mohd. Ridzuan Ab. Ghapar berkata, serbuan kira-kira pukul 1.30 petang itu dibuat selepas pihaknya menjalankan risikan selama tiga bulan susulan aduan orang awam.

“Hasil serbuan mendapati, memang terdapat aktiviti yang menjadi kesalahan iaitu menyimpan minyak masak bersubsidi 1 kg dalam sebuah stor yang tidak dilesenkan.

“Dalam serbuan itu, kita turut merakam percakapan seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti itu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mohd. Ridzuan berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI