fbpx

Terkilan tidak diberi pilihan tentukan jantina sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HONOLULU, Hawaii – Seorang individu  yang dilahirkan memiliki kedua-dua alat sulit lelaki dan perempuan mendakwa bahawa beberapa doktor memutuskan  dirinya  ialah lelaki ‘tanpa persetujuannya’ semasa dia dilahirkan, lapor portal berita MailOnline semalam. 

Luna Animisha, 24, yang menetap di Punya, Hawaii, ditetapkan jantinanya oleh pasukan perubatan semasa lahir.

Dia berkata, beberapa doktor ‘menjahit kemaluan’ dan membuang  rahimnya selepas mereka memutuskan bahawa dia ialah lelaki.

Menurutnya, menjalani pembedahan tersebut sebelum dia cukup dewasa untuk membuat pilihan sendiri mengakibatkan dirinya mengalami krisis identiti.

 

LUNA menganggap dirinya lebih bersifat perempuan berbanding lelaki. – Kennedy News and Media

“Saya hanya mendapat tahu bahawa saya dilahirkan memiliki kedua-dua organ pembiakan lelaki dan wanita ketika berumur 14 tahun.

“Saya tidak pasti sama ada itu adalah keputusan kedua-dua ibu bapa saya atau doktor tetapi saya diputuskan mempunyai jantina lelaki.

“Saya akhirnya sedar bahawa masalah yang saya alami selama ini berpunca daripada krisis identiti,” katanya.

Luna berkata, dia menganggap dirinya lebih kepada  seorang wanita berbanding lelaki.

Selepas bertahun-tahun bergelut dengan masalah tersebut, malah  sering dibuli, Luna kini menolak jantina lelaki yang ditetapkan kepada dirinya sewaktu lahir.

Dia kini berharap dapat mengumpul dana sebanyak AS$150,000  (RM617,250)  untuk pembedahan rekonstruktif dan implan rahim.

Pada  2019, seorang wanita di Cleveland menjadi orang pertama di dunia melahirkan anak menggunakan rahim daripada seorang penderma. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI