fbpx

Strategi pemulihan rangkumi empat fasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Strategi Pelan Pemulihan Negara akan merangkumi empat fasa dan turut melibatkan pelan peralihan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat. - Gambar hiasan

PETALING JAYA – Strategi Pelan Pemulihan Negara ini merangkumi empat fasa dan akan melibatkan pelan peralihan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, setiap fasa pelan pemulihan ini berpaksikan kepada data yang bersandarkan tiga indikator untuk beralih dari satu fasa ke fasa seterusnya.

“Indikator pertama ialah keadaan penularan Covid-19 dalam komuniti berdasarkan bilangan kes jangkitan harian, indikator kedua ialah keupayaan sistem kesihatan awam berdasarkan kadar penggunaan katil di wad Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Manakala indikator ketiganya ialah tahap populasi yang dilindungi berdasarkan peratusan yang telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin,” katanya pada perutusan khas Pelan Pemulihan Negara: Peralihan Fasa PKP secara berperingkat yang disiarkan secara langsung di beberapa stesen televisyen tempatan sebentar tadi.

Kerajaan akan menimbang peralihan daripada fasa pertama kepada fasa kedua PKP setelah purata kes harian Covid-19 menurun di bawah 4,000 kes, sistem kesihatan awam tidak lagi berada pada peringkat kritikal termasuk kadar penggunaan katil di ICU pulih ke paras sederhana dan 10 peratus populasi telah menerima dua dos suntikan vaksin.

Katanya, fasa kedua merupakan kesinambungan daripada fasa pertama dengan aktiviti sosial dan kawalan pergerakan terus dikawal dengan ketat dan pada fasa itu aktiviti ekonomi akan dibuka secara berperingkat dengan membenarkan kapasiti pekerja sehingga 80 peratus di premis. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI