fbpx

KDN perhalusi untuk ketatkan pendaftaran Rela

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah (kiri) meninjau kelompok warga asing di Rumah Pangsa Jalan Terubuk di Seberang Jaya hari ini. Foto MOHAMMAD FIRDAUS AMRAN

SEBERANG PERAI – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menunggu laporan penuh daripada Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) berhubung isu pendaftaran penyertaan orang awam ke dalam pasukan itu secara automatik seperti yang tular di media sosial sejak semalam.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya maklum mengenai perkara itu dan sedang menunggu laporan daripada Ketua Pengarah Rela berhubung dakwaan berkenaan.

“Malam tadi saya sudah minta, dalam sehari dua ini kita akan dapat laporan itu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan di Rumah Pangsa Jalan Terubuk dan Pangsapuri Taman Sutera di Seberang Jaya di sini bagi meninjau penempatan warga asing.

Pada tinjauan yang disertai pasukan Jabatan Imigresen negeri, seramai 163 warga Myanmar yang mempunyai kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa -Bangsa Bersatu mengenai Pelarian (UNHCR) telah diperiksa membabitkan kanak-kanak dan dewasa.

Dalam pada itu, Hamzah berkata, pihaknya akan melihat semula untuk memperketatkan pendaftaran penyertaan orang awam ke dalam pasukan itu.

“Kadang-kala maklum sahajalah banyak bantuan (manfaat) yang kita berikan, jadi ramai ambil kesempatan (untuk menyertai Rela),”

“Semua itu kita akan perhalusi untuk menentukan pada masa akan datang, tidak mudah untuk sesiapa yang nak mendaftar,” katanya lagi.

Terdahulu, tular di media sosial apabila terdapat beberapa dakwaan orang awam yang tidak pernah mendaftar bagi menyertai pasukan itu, namun tersenarai dalam data ahli melalui semakan nombor kad pengenalan di laman web MyRela. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI