fbpx

Jemaah kumpulan 2020 jadi keutamaan musim haji 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan.

PETALING JAYA- Jemaah haji Malaysia yang sebelum ini dijadualkan menunaikan rukun Islam kelima itu di Tanah Suci Mekah pada tahun 2020 akan diberikan keutamaan sebagai senarai utama yang akan mengerjakan ibadah itu pada tahun depan.

Pengarah Eksekutif Haji Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, kumpulan jemaah 2020 itu akan mendahului senarai menunaikan haji pada musim akan datang mengikut sistem penggiliran ditetapkan.

“Cara pemilihan jemaah haji pada tahun depan kita akan ikut sistem penggiliran dan untuk memahami sistem itu kita perlu memahami sistem pendaftaran haji.

“Untuk itu, apabila seorang pendeposit yang sudah cukup wang RM1,300, dia akan didaftarkan haji seterusnya perlu menunggu giliran ke Tanah Suci,” katanya dalam satu temubual di sebuah stesen televisyen di sini tadi.

Katanya, individu yang mendaftar haji lebih awal akan mendapat giliran terlebih dahulu dan sebaliknya.

“Jadi, kita akan ada tiga kumpulan yang tertunggak iaitu tahun 2020, 2021 dan 2022 yang akan menjadi antara jemputan haji pada tahun hadapan.

“Justeru, kita akan beri keutamaan kepada kumpulan 2020 dahulu seterusnya kumpulan 2021 dan jika ada kekosongan kuota pada tahun depan, barulah dimasukkan kumpulan 2022,” jelasnya.

Bagaimanapun, katanya, bilangan jemaah haji pada tahun depan akan mengikut kuota diberikan kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia.

“Semuanya tertakluk kepada kuota,jika jumlah asal, jemaah kita akan jadi 31,600 orang, namun jika masih terhad, kita akan tengok berapa kekosongan dapat diisi,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI