fbpx

Penganggur ditahan miliki syabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syabu seberat 53.1gram yang dirampas bersama seorang lelaki di sebuah rumah di Kampung Terusan Limbat, Kota Bharu semalam. - Foto IHSAN PDRM

KOTA BHARU – Polis menahan seorang penganggur selepas memiliki dadah disyaki jenis syabu seberat 53.1 gram bernilai RM5,310 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Terusan Limbat di sini semalam.

Suspek yang berusia 39 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu pada pukul 4.15 petang.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, pemeriksaan awal pada badan suspek tidak menemui sebarang dadah bersamanya.

Katanya, bagaimanapun, pemeriksaan lanjut di dalam sebuah beg kecil milik lelaki itu telah membawa kepada penemuan dadah jenis syabu seberat 53.1 gram.

“Polis turut menyita sebuah kereta jenis Proton Wira milik suspek untuk tindakan lanjut. Berdasarkan semakan, suspek juga mempunyai lapan kesalahan rekod lampau berkait kes dadah.

“Ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine. Polis kini sedang mengenal pasti sumber suspek memperoleh bekalan dadah itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Abdul Rahim, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI