fbpx

Penghantar foodpanda dilindungi insurans secara automatik, percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penghantar foodpanda.

PETALING JAYA – foodpanda Malaysia mengumumkan skim insurans baharu yang lebih baik untuk memberi perlindungan berganda kepada rakan penghantaran sekiranya berlaku keadaan di luar jangkaan sebagai tanda komitmen yang berterusan terhadap kesihatan, keselamatan, dan kesejahteraan kesemua penghantarnya.

Bekerjasama dengan PolicyStreet, sebuah syarikat insurans teknologi terkemuka, skim insurans baharu ini akan membolehkan semua penghantar aktif dilindungi secara automatik dan ia adalah percuma. 

Pengarah Urusan foodpanda, Sayantan Das berkata, kaedah bayar dahulu dan tuntut kemudian ini akan memberi perlindungan kepada penghantar sepanjang tempoh waktu bekerja mereka dan ini dinaik taraf daripada pelan perlindungan insurans sebelumnya.

Menurut beliau, semua penghantar adalah tulang belakang syarikat dan mereka berhak mendapat perlindungan terbaik untuk semua pengorbanan yang mereka lakukan setiap hari dalam memberikan kegembiraan kepada masyarakat dan negara.

“Foodpanda selalu mencari cara dan peluang baharu bagi memastikan kesihatan, keselamatan, dan kesejahteraan kesemua penghantar dijaga dengan baik. 

“Para penghantar kami sentiasa berhadapan dengan keadaan cuaca dan jalan raya yang tidak dapat dijangkakan, oleh itu kami ingin mengingatkan bahawa mereka adalah keutamaan kami dan syarikat komited untuk menyediakan mereka skim insurans terbaik agar mereka dapat bekerja dalam keadaan yang tenang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Das menjelaskan, tuntutan sehingga RM100,000 boleh dibuat sekiranya berlaku kematian atau hilang keupayaan kekal. 

Selain itu, penghantar juga boleh menuntut sehingga RM2,500 untuk sebarang kos perubatan dan hospital sebanyak RM40 sehari selama 30 hari, maksimum.

Bagi memastikan proses tuntutan berjalan lancar, penghantar dinasihatkan memiliki semua dokumen yang berkaitan dan diperlukan untuk tuntutan insurans. 

Beberapa dokumen yang diperlukan termasuk rekod perubatan dan resit rasmi serta laporan polis dan salinan kad pengenalan penghantar untuk tujuan pengenalan diri.

Selain itu, penghantar foodpanda juga layak mendapat skim insurans khas untuk Covid-19 yang mana tuntutan sehingga RM300 boleh dibuat bagi mereka yang perlu menjalani kuarantin dan hingga RM5,000 sekiranya berlaku kematian mengejut. 

 

.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI