fbpx
Pasar Awam di Jalan Perak, George Town ditutup bermula hari ini selepas terdapat kes positif Covid-19 melibatkan peniaga.

Pasar Awam Jalan Perak ditutup akibat kes Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Pasar Awam Jalan Perak di sini ditutup bermula hari ini sehingga ke satu tempoh yang akan dimaklumkan selepas terdapat kes positif Covid-19 dikesan melibatkan peniaga di kawasan berkenaan.

Perintah penutupan itu dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan kira-kira pukul 11.15 pagi tadi di bawah Seksyen 18(1)(f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Difahamkan, terdapat kira-kira 55 gerai berada di dalam pasar berkenaan dan jumlah peniaga yang didapati positif Covid-19 masih belum dapat dipastikan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Datuk Yew Tung Seang berkata, penutupan tersebut adalah untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan dan tindakan lain yang perlu dijalankan oleh pihak berkuasa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI