fbpx

Monyet popular TikTok mati selepas lawatan ke doktor gigi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
George disahkan mati Isnin lalu akibat komplikasi daripada ubat bius. -Instagram

AUSTIN, TEXAS – Peminat seekor monyet yang memiliki sehingga 18 juta pengikut di laman sosial TikTok terkejut dan sedih apabila haiwan itu mati mengejut pada Isnin lalu selepas menjalani pemeriksaan gigi berkala di sebuah klinik veterinar, lapor akhbar New York Post semalam.

Haiwan primat berusia 12 tahun yang dinamakan George itu dikatakan mati akibat komplikasi daripada ubat bius.

Pemilik George yang enggan mendedahkan identitinya berkongsi berita sedih itu menerusi satu video yang dimuat naik di akaun TikTok haiwan itu.

“George dibawa menjalani pemeriksaan berkala untuk giginya. Namun, ketika prosedur itu, terdapat komplikasi dengan ubat bius menyebabkan George terpaksa bertarung nyawa,” demikian kenyataan yang ditulis pemilik George pada video yang menyayat hati itu.

Pasangan itu menambah, ketika bertarung nyawa, ramai orang mendoakan haiwan itu akan selamat namun ia disahkan mati Isnin lalu pukul 4 petang (waktu tempatan).

George menjadi sensasi internet selepas pemiliknya mula menunjukkan kehebatan haiwan itu membuka kotak bungkusan sama seperti dilakukan oleh manusia.

Selain membuka kotak, George juga bijak bermain lubang bola, ketawa ketika makan bertih jagung di atas katil dan bijak mencari cara untuk memasang tiang lampu yang dihadiahkan seorang pengikutnya di TikTok.

Dalam satu video yang sudah ditonton lebih 5.6 juta kali, George dilihat mencari tempat meletakkan kunci pada kereta miniatur yang dihadiahkan peminatnya.

Rata-rata netizen meninggalkan komen sedih susulan pemergian haiwan itu.

“Oh tidak, saya dan anak perempuan saya menonton gelagat George setiap masa, ini amat menyedihkan,” tulisnya pada ruangan komen.

“Ini sangat mendukacitakan. George umpama cahaya yang menerangi platform ini (TikTok). Ia pasti akan dirindui,” tulis seorang lagi netizen. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI