fbpx

Kenderaan angkasa China teroka Marikh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zhurong mengkaji topografi sebuah dataran lahar yang luas di Marikh yang dikenali sebagai Utopia Planitia. -AFP

BEIJING – Zhurong mendarat di Planet Marikh pada Mei lalu sekali gus pencapaian besar China untuk menjadi kuasa besar angkasa lepas. 

Kenderaan itu  dinamakan sempena nama dewa api dalam masyarakat China.

Zhurong mengkaji topografi sebuah dataran  lahar yang luas di Marikh yang dikenali sebagai Utopia Planitia.

Gambar yang disiarkan oleh Pentadbiran Angkasa Lepas Nasional China menunjukkan trek di tanah merah yang ditinggalkan oleh Zhurong.

Kenderaan enam roda berkuasa solar dan seberat  240 kilogram itu dijangka berada di Marikh selama tiga bulan untuk merakam gambar, mengumpulkan data geografi dan mengambil sampel batu. 

China kini menghantar angkasawan ke angkasa lepas, kenderaan penjelajah ke Bulan dan mendaratkan kenderaan itu di Planet Marikh.

Amerika Syarikat dan Rusia merupakan negara selain China yang berjaya sampai ke Planet Marikh. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN