fbpx

Polis buka kertas siasatan terhadap pemilik Instagram ‘safieyillias94’, ‘pipinatasha’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video tular memaparkan seorang usahawan kosmetik bersama rakannya bersiaran secara langsung menerusi platform Instagram yang menerima kecaman daripada netizen.

PETALING JAYA – Polis mengesahkan sudah membuka kertas siasatan berkenaan pemilik akaun Instagram dikenali sebagai ‘safieyillias94’ dan ‘pipinatasha’ yang didakwa membuat komunikasi lucah dan amang seksual dengan kanak-kanak di bawah umur.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, siasatan dilakukan selepas polis menerima laporan daripada seorang pensyarah universiti awam pukul 9 pagi semalam.

“Pengadu membuat laporan selepas melihat pautan siaran langsung di laman Instagram milik ‘safieyillias94’ yang juga hos bersama pemilik IG ‘pipinatasha’.

“Semakan mendapati individu itu turut berpakaian menjolok mata serta menunjukkan aksi penggunaan vape (rokok elektrik) kepada kanak-kanak di bawah umur itu,” ujarnya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 12 (1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian atau suspek, diminta segera menghubungi mana-mana balai polis atau pegawai penyiasat kes. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI