fbpx

Hafizul rancang untuk bekerja di Arab Saudi – Hussein Omar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hafizul dikawal ketat sepasukan polis sebaik tiba di Pangkalan Pasukan Gerakan Udara, Subang baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes melepaskan tembakan Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang pada Ahad lalu dipercayai merancang untuk bekerja di Arab Saudi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, lelaki tersebut, Hafizul Harawi, 38, bagaimanapun ditahan ketika ingin mengambil laporan pemeriksaan kesihatan yang dibuat seminggu sebelum di Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu di Kelantan.

Tambah beliau, siasatan mendapati lelaki tersebut sudah membuat pemeriksaan di hospital terbabit seminggu sebelum kejadian tembakan itu.

“Kita akan sambung reman terhadapnya selama tujuh hari untuk melengkapkan kertas siasatan untuk dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya.

“Mungkin lelaki itu akan didakwa dalam masa terdekat ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Negara di sini hari ini.

Terdahulu, Hussein hadir bagi memberi penghormatan kepada bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Haniff Omar yang meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang pada pukul 2.15 pagi tadi.

Menurut Hussein, pihaknya setakat ini telah merakam keterangan seramai 27 individu bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Ia termasuk isteri lelaki tersebut dan saksi-saksi lain. Motif utama masih sama iaitu disebabkan hal peribadi,” katanya.

Dalam kejadian pada pukul 1.20 pagi, 14 April lalu, seorang lelaki melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena perut seorang pengawal peribadi di KLIA1 di Sepang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI