fbpx

Pertama Digital peroleh empat rakan permulaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pertama Digital berjaya menambah rakan permulaan untuk merealisasikan cadangan pembangunan bank digital.

PETALING JAYA – Pertama Digital Bhd. (Pertama Digital) telah memperoleh empat rakan permulaannya  iaitu Trevo, Paywatch, Qoala dan Butterfly FX yang akan membawa kepakaran dan penyelesaian dalam bidang masing-masing bagi melengkapi cadangan pembangunan bank digital sebelum ini.

Kejayaan ini adalah susulan daripada pengumuman Kumpulan  memperoleh penyertaan Crowdo Holdings Pte Ltd dan INFOPRO Sdn. Bhd. sebagai rakan konsortiumnya untuk memohon lesen perbankan digital daripada Bank Negara Malaysia.

Pengarah Strategi Pertama Digital, Saify Akhtar berkata, bagi penubuhan sebuah bank digital, Kumpulan telah membina hubungan yang kukuh dengan inovator kewangan inklusif sedia ada khususnya di dalam produk kewangan beretika bagi menangani perkara seperti takaful, ekonomi gig dan teknologi pendididkan (edtech).

“Kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan rakan produk baharu ini sebagai usaha untuk membina penyelesaian yang merangkumi kewangan untuk rakyat.

“Selama bertahun-tahun, kami mengumpul pengalaman dan pandangan berharga daripada segi

penyampaian perkhidmatan kewangan digital kepada mereka yang kurang mendapat perkhidmatan iaitu menerusi MyPay dan eJamin,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI