fbpx

9 maut bangunan runtuh di atas bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat Korea Selatan mencari kemungkinan terselamat dari serpihan bangunan yang runtuh di Gwangju, Seoul, semalam. - AFP

SEOUL – Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh apabila sebuah bangunan lima tingkat yang dalam proses untuk dirobohkan di Korea Selatan tiba-tiba runtuh dan menghancurkan sebuah bas yang sedang berhenti di hadapannya, demikian menurut pegawai tempatan.

Rakaman televisyen yang dramatik memaparkan bas itu tertimbus di bawah runtuhan bangunan dan diseliputi awan debu tebal ketika runtuhan berlaku.

Bas tersebut berhenti di stesen bas yang terletak di hadapan tapak bangunan membawa 17 penumpang ketika kemalangan itu berlaku semalam di bandar Gwangju, barat daya Seoul.

Sembilan daripada penumpang terbunuh dan lapan yang lain semuanya cedera parah, menurut Badan Bomba Nasional.

Tambah pihak bomba, semua pekerja di tapak perobohan telah dipindahkan sebelum runtuhan berlaku.

Setakat ini, punca kemalangan masih belum diketahui dan polis telah melancarkan siasatan ke atas insiden berkenaan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI