fbpx

Aidit Noh nikah online, mujur sempat ‘culik’ isteri ke KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIDIT NOH dan Hanani selamat disatukan sebagai suami isteri pada 29 Mei lalu.

PETALING JAYA – Pelakon Aidit Noh mendedahkan sudah menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihan bernama Hanani menerusi majlis akad nikah secara online.

Ahmad Aidit Noh, 28, berkata,  statusnya sebagai seorang lelaki bujang kini bertukar apabila secara sah menjawat peranan baharu dalam hidup sebagai suami kepada wanita berasal dari Kuala Terengganu, Hanani, pada pada 29 Mei.

“Mulanya ingat nak nikah 5 Jun tetapi dah total lockdown seluruh negara pula. Jadi, kami sepakat awalkan tarikh nikah iaitu 29 Mei,” kata pelakon drama rantaian, Sweetie Nanie itu.

Semasa acara pernikahan  berlangsung, Aidit menyempurnakan ijab kabul di Kuala Lumpur, manakala pengantin wanita di Terengganu,

Selepas berkahwin, AIdit dan Hanani, 22, kini tinggal bersama di Kuala Lumpur.

“Nasib baik sempat culik dia (isteri) sebelum lockdown,” tulisnya dalam satu hantaran Instagram.

Bercerita tentang bagaimana proses mengenal hati budi bermula, Aidit yang juga merupakan model menjelaskan, dia dan isteri kenal secara ‘kawan atas kawan’.

“Kami kenal kawan atas kawan. Kawan saya punya sepupu yang kenalkan kami berdua.

“Bahkan masa mula-mula kenal pun, saya simpan namanya di ‘phonebook’ dengan nama ‘keropok lekor’ (ketawa). Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Saya memang seorang yang yang mengutamakan privasi tapi kalau dah kahwin memang kena maklumkan kepada orang ramai,” katanya  menerusi satu sesi siaran langsung bersama pengikut Instagramnya malam tadi.

Tambah Aidit lagi, sejak mengenali isteri enam bulan lalu, mereka jarang bertemu disebabkan hubungan jarak jauh dan situasi pandemik yang tidak menentu.

“Kenal macam biasa. Tiada ‘sweet sweet’ sangat pun. Saya duduk di Kuala Lumpur, dia (isteri) duduk di Kuala Terengganu.

“Duduk pun jauh-jauh kalau jumpa hanya atas urusan merisik dan beli cincin. Masa kahwin pun tak jumpa dan banyak rujuk kepada keluarga kedua-dua pihak,” kata Aidit. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI