fbpx

Formula francais ‘Kampong Pisang’ Mamat Khalid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FRANCAIS terbaharu Kampong Pisang Mamat Khalid, Kampong Pisang Musical Raya Istimewa kini mencatat RM2 juta kutipan sejak ditayangkan minggu lalu.

PETALING JAYA – Sutradara prolifik tanah air, Mamat Khalid mengakui tiada formula khusus dalam penghasilan Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa yang meraih kutipan RM2 juta dalam tempoh 10 hari tayangan menerusi Astro First.

Melihat sambutan memberangsangkan, Mamat berasakan penonton sebenarnya menyukai gelagat watak-watak dalam setiap francais filem Kampong Pisang yang cukup dekat dengan masyarakat.

“Saya tiada formula khusus kerana idea atau kisah yang saya bentangkan ini berkaitan individu, kehidupan serta permasalahan yang kita hadapi hari-hari.

“Mungkin faktor dekat di hati penonton itu yang membuatkan mereka menunggu dan menyokong setiap produk bawah francais Kampong Pisang.

“Semua ini adalah berkat penyatuan semua pihak bukan hanya disebabkan teras kisah ditonjolkan malah lebih kepada semangat kerja berpasukan.

“Naskhah ini membabitkan kerjasama pelakon, kru, petugas belakang tabir selain kepercayaan Astro terhadap rumah produksi Enjit Enjit Semut,” katanya kepada Kosmo Online!

Filem terbitan Astro Shaw dan syarikat milik Mamat itu membariskan Datuk Awie, Kaka Azraff dan Kazar Saisi.

Tidak ketinggalan penampilan Aziz M Osman, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Mat London, Ahmad Yasin, Joey Daud, Avaa Vanja, Yoep Hitler serta Siti Elizad Sharifuddin yang memantapkan lagi naskah berkenaan.

Karya berkenaan mengisahkan gelagat seluruh penduduk Kampong Pisang yang bersama-sama mengerjakan aktiviti memasak sehari sebelum sambutan Aidilfitri.

Husin kembali ke kampung bersama kekasih baharunya, Nelly sehingga Cik Chun cemburu dan merajuk kerana cintanya ditolak.

Barkoba pula dikejutkan dengan kehadiran bekas kekasih yang meninggalkannya dulu kerana berkahwin dengan seorang pengurus kilang.

Pelbagai lagi kerenah dan peristiwa berlaku yang menjadikan penonton tidak kering gusi, sekali gus mengikuti karya berkenaan hingga ke penamat.

Paling menarik, Mamat kali ini bermain dengan nostalgia lagu-lagu raya malar segar yang disampaikan sendiri pelakon terlibat seperti Cahaya Di Aidifitri nyanyian Kazar Saisi, Dewa Sapri, Mok Ram dan Nazeera Sardi, Pulang (Joey Daud).

Pencapaian muzikal  berkenaan juga dilihat mengulangi kejayaan 18 Puasa Di Kampong Pisang yang mencatat lebih RM5 juta kutipan sejak ditayangkan Ramadan lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI