fbpx

Filem Kampong Pisang Musikal Raya kutip RM2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WATAK Yah Kuchai (kanan) lakonan Afea Deanna menarik perhatian penonton kerana gayanya yang bersahaja dan menghiburkan.

PETALING JAYA – Filem arahan sutradara berkaliber, Mamat Khalid iaitu Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa berjaya meraih kutipan RM2 juta dalam tempoh 10 hari tayangan menerusi saluran Astro First.

Rata-rata penonton terhibur dengan jenaka serta lagu-lagu hit yang dinyanyikan sendiri oleh barisan pelakon dalam filem tersebut.

Selain itu, watak Yah Kuchai yang dilakonkan oleh Afea Deanna mula menarik perhatian penonton dengan bakat dan karakter bersahajanya yang menghiburkan.

Terdahulu, watak Yah Kuchai tular menerusi babak ‘mi kari kuah laksa’ dalam drama premium, Kampong Pisang Bersiri-Siri. S

Watak tersebut kemudian dikembangkan dalam 18 Puasa Di Kampong Pisang dan Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa.

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, filem francais Kampong Pisang terus menerima sambutan positif.

Bahkan pelbagai subjek seperti babak, karakter, lagu menjadi bualan penonton dalam media sosial dan lebih mengujakan apabila ramai yang terhibur.

“Secara tidak langsung membuktikan filem ini berjaya membawa penonton lari sekejap daripada tekanan, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang ini.

“Kami harap filem ini mampu menarik lebih ramai penonton dan peminat filem untuk menyaksikan salah satu filem terbaik tempatan untuk tahun 2021 dan terus kekal di rumah bersama insan tersayang,” katanya.

Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa mengisahkan seluruh penduduk Kampong Pisang bersama-sama mengerjakan aktiviti masak-masak sehari sebelum raya.

Husin kembali ke kampung bersama kekasih baru Nelly sehingga Cik Chun cemburu dan merajuk kerana cintanya ditolak.

Sementara Barkoba pula dikejutkan dengan kehadiran bekas kekasih yang pernah meninggalkannya dahulu kerana berkahwin dengan lelaki berpangkat pengurus kilang.

Filem tersebut menampilkan Datuk Awie, Kaka Azraf, Kazar Saisi, Aziz M. Osman, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Mat London, Ahmad Yasin, Afea Deana, Joey Daud, Nazeeera Sardi, Avaa Vanja, Yoep Hitler, Siti Elizad Sharifuddin , Raja Azmi dan Imuda. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI