fbpx

#DirectBantu+ jana pendapatan tambahan untuk golongan B40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelanggan menggunakan kemudahan Direct Lending dengan lebih selamat secara online tanpa perlu keluar dari rumah.

PETALING JAYA – Platform pinjaman peribadi online, Direct Lending telah melancarkan program rujukan #DirectBantu+ yang memberi peluang kepada masyarakat menjana pendapatan tambahan sepanjang bulan Jun ini.

Menerusi program tersebut semua pelanggan Direct Lending akan menerima rebat tunai sehingga RM700, manakala peserta berpeluang meraih ganjaran sebanyak RM1,000 bagi setiap tiga rujukan yang berjaya.

Selain itu, peserta dapat meneroka peluang pendapatan baharu menerusi rakan kongsi #DirectBantu+ se­perti Avana, GoGet, SaltyCustoms dan XOX Bhd. (yang bekerjasama dengan Emicro Capital Sdn. Bhd.)

Pengasas dan Pengarah Direct Lending Sdn. Bhd., Hui Yik Seong berkata, pihaknya berharap program berkenaan dapat meringankan beban golongan B40 dalam menghadapi persekitaran ekonomi yang sukar kini.

Menurutnya, program ini juga akan membolehkan orang ramai membantu sesama mereka de­ngan memperkenalkan kaedah pembiayaan yang boleh dipercayai kepada kawan-kawan, anggota keluarga mahupun rakan sekerja.

“Seorang perujuk akan mendapat RM250 bagi setiap rujukan yang berjaya dan RM1,000 bagi tiga rujukan pinjaman terkumpul daripada penjawat awam,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Direct Lending menawarkan pinjaman bank dan koperasi pada kadar serendah 2.75 peratus dengan tempoh pempro­sesan sepantas dua hari bekerja.

Ia juga mempunyai rekod kadar kelulusan pinjaman setinggi 90 peratus sebaik permohonan dihantar kepada institusi pembiaya untuk pemprosesan dan penaja jaminan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI