fbpx

Ahmad letak jawatan Presiden PSM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD meletakkan jawatan dalam PSM demi memastikan persatuan itu terus dipertahankan.

DEMI menyelamatkan nasib Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Seri Ahmad Ismail membuat keputusan mengejut apabila mengumumkan perletakan jawatan selaku presiden persatuan tersebut kelmarin.

Ahmad bertindak meng­un­durkan diri atas rasa tanggungjawab susulan kemelut melanda­ badan induk sepak takraw ­negara selepas disingkir oleh Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) baru-baru ini.

Menurut Ahmad, keputusan itu diambil bagi memastikan ­keharmonian dan berharap PSM terus dipertahankan.

“Saya mengambil sepenuh tanggungjawab ini atas kemelut yang sedang berlaku ini. Pe­mimpin datang dan pemimpin pergi, patah tumbuh hilang berganti. Namun, PSM harus dipertahankan dan itu adalah harapan saya.

“Saya penuh rasa tanggungjawab yang tinggi dengan ini mengumumkan perletakan jawatan saya selaku Presiden PSM yang telah saya sandang sejak 27 Disember 2002.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua ahli gabungan termasuk negeri-negeri yang tidak menyokong kepim­pinan saya bermula 2014. Mereka­ juga beri kerjasama baik atas program mahupun kejohanan yang telah dilaksanakan oleh PSM termasuk Liga Sepak Takraw (STL).

“Masalah saya dengan Astaf biarlah mahkamah yang tentukan,” katanya ketika meng­u­mumkan perkara itu kelmarin.

Ahmad dikenakan penggantungan selama 15 tahun oleh Astaf dan denda AS$25,000 (RM102,937) selepas didapati bersalah dalam empat pertuduhan termasuk pelanggaran Artikel 5.5 undang-undang Astaf.

Ia ekoran tindakan Ahmad menghantar surat kepada Majlis Olimpik Asia dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa untuk meminta campur tangan me­ngenai keputusan pemilihan Kongres Astaf pada 1 Mac lalu yang dianggap tidak adil.

Lebih mengeruhkan ke­a­daan, 11 ahli gabungan badan induk tersebut turut membuat keputusan menarik diri selain bertekad untuk menubuhkan badan induk baharu untuk menggantikan PSM kelak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI