fbpx

NTF tingkatkan kawalan susulan pendaratan Rohingya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada pelarian Rohingya yang berjaya mendarat di Acheh Timur, Indonesia pagi semalam.

PETALING JAYA – Pasukan National Task Force (NTF) akan meningkatkan pemantauan sekitar Tanjung Balai, Medan dan Dumai terutamanya titik-titik pendaratan haram serta lorong tikus di sepanjang Pantai Barat Semenanjung.

NTF berkata, langkah tersebut diambil selepas media Indonesia melaporkan seramai 81 orang pelarian etnik Rohingya dikesan di sekitar pesisir pantai Kuala Simpang Ulim, Simpang Ulim, Acheh Timur, semalam kira-kira pukul 7 pagi (waktu Indonesia Barat).

Menurut NTF, kumpulan pelarian terdiri daripada 70 orang dewasa dan 11 orang kanak-kanak itu berjaya mendarat pada malam atau awal pagi semalam.

“Pada asalnya kumpulan berkenaan berjumlah 90 orang namun lapan orang telah meninggal dunia dan seorang hilang di laut,” kata NTF dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut NTF berkata, hasil maklumat risikan pihaknya mendapati modus operandi yang digunakan pelarian itu sama seperti kejadian pada 2019 hingga 2020 yang mana etnik Rohingya dibawa secara ‘runcit’ ke Malaysia.

Kata NTF, mereka menggunakan bot-bot nelayan yang dipercayai menerima upah dari sindiket untuk membawa masuk pelarian dari sebuah bot besar di perairan antarabangsa.

“Masih terdapat sebuah ‘motherboat’ yang berada di perairan antarabangsa yang berkemungkinan telah melepaskan sebahagian Rohingya untuk mendarat di
Acheh Timur dan bakinya masih menunggu masa untuk dibawa mendarat ke Malaysia.

“Pendaratan di Acheh Timur dilihat sebagai salah satu taktik ‘diversion’ yang dilakukan oleh sindiket bagi mengaburi pergerakan memasuki Malaysia secara runcit menggunakan bot nelayan tempatan atau asing tanpa dikesan pihak berkuasa,” ujarnya.

Pada masa sama, NTF turut menyangkal dakwaan yang mengatakan bot pelarian Rohingya ini telah ‘ditolak’ untuk memasuki perairan Malaysia memandangkan tiada sebarang pertemuan berlaku di antara pihak berkuasa Malaysia dengan bot tersebut.

Susulan kejadian itu, NTF berkata, pihaknya melalui Operasi Benteng akan meningkatkan kesiagaan dan mengaturgerak aset-aset maritim berdekatan perairan antarabangsa.

“NTF juga akan membuat pemantauan radar dan aset udara bagi mengesan sebarang pergerakan bot yang mencurigakan.

“Sebarang maklumat berkaitan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang melalui titik pendaratan haram dan lorong tikus boleh terus salurkan ke talian Hotline NTF 011- 62511223,” jelasnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI