fbpx

England gugurkan Alexander-Arnold

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALEX-ARNOLD mengalami kecederaan paha menyebabkan dia terpaksa digugurkan daripada skuad England. – AFP

LONDON – Bintang Liverpool, Trent Alexander-Arnold terpaksa digugurkan daripada skuad England untuk menghadapi Euro 2002 disebabkan kece­deraan paha yang dialaminya ketika menentang Austria dalam aksi persahabatan antarabangsa kelmarin.

Bek kanan berusia 22 tahun itu perlu pulang ke Li­verpool untuk menjalani proses pemulihan yang dijangka memakan masa sekurang-kurangnya enam minggu untuk pulih sepenuhnya.

Ia adalah satu tamparan besar buat England kerana Alex­ander-Arnold merupakan seorang pemain yang mempunyai ketepatan hantaran jarak jauh selain digelar sebagai pakar sepakan percuma.

Begitupun, pengurus England, Gareth Southgate dikatakan belum bersedia untuk memanggil pemain baharu menggantikan tempat Alexander-Arnold sehingga tamat aksi pemanas badan terakhir bertemu Romania di Stadium Riverside, Isnin ini.

The Three Lions ada tiga lagi pilihan di bahagian itu seperti Kieran Trippier yang menjuarai La Liga bersama Atletico Madrid; bintang Manchester City, Kyle Walker (juara Liga Perdana Inggeris) dan pemenang Liga Juara-Juara dengan Chelsea, Reece James.

Southgate, 50, dikatakan lebih cenderung untuk menyenaraikan semula kapten Sout­hampton, James Ward-Prowse atau pemain tengah pinjaman West Ham United daripada Manchester United, Jesse Lingard.

Sebagai rekod, England akan memulakan kempen Kumpulan D Euro 2020 menentang naib juara Piala Dunia 2018, Croatia di Stadium Wembley pada 13 Jun ini.

England yang tidak pernah memenangi sebarang kejua­raan Euro akan meneruskan saingan bertemu musuh tradisi, Scotland pada 19 Jun sebelum melengkapkan aksi Kumpulan G menentang Republik Czech empat hari kemudian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI